JANJI SENJA

Seperti malam biasa, lorong-lorong sempit yang dilimpahi lumut hijau, kahak manusia dan najis bakteria dipenuhi ramai penagih berahi manusia. Yang melelong maruah untuk diragut dengan rakus juga tersidai di ampaian berturap. Menunggu giliran atau menunggu dipilih dan dibawa ke suatu tempat yang asing, atau mungkin, tempat-tempat biasa mereka.

Nanee, bukanlah tidak biasa dengan perkara itu. Namun, bukan juga dia mahu begitu. Klimaksnya tetap juga sama. Berasmara dengan lelaki asing yang bersamanya samada sejam atau lebih sejam tidak langsung mengujakan raganya. Hanya satu dalam akalnya yang waras. Janji yang telah disimbahi perlu ditepati. Ada waris yang perlu diisi perutnya di rumah. Ada janji yang perlu ditepati senja tadi sebelum dia ke kerja. Makanya, malam ini Nanee perlu berasmara lebih daripada sejam demi sekepuk wang untuk menepati janji tersebut.

Gilirannya masih belum tiba. Atau sebenarnya, dia masih belum dipilih oleh siapa-siapa. Nanee, bukan sebarangan janda. Nanee punya tubuh yang masih lagi seperti anak dara. Bergetah, gebu dan montok. Kalau orang barat, mereka akan kategorikan Nanee sebagai gadis ‘curvy’. Tapi entah kenapa, ‘rezeki’ Nanee masih belum tiba. Nanee keresahan. Jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi. Dua jam lagi, waktu kerjanya tamat. Jika tiada yang mahu merasa kesempitan vaginanya, maka janji senja tadi bakal diingkari.

Sebuah kereta Proton Saga jenis baru berwarna hitam tiba di lorong tersebut. Parkir, betul-betul di sebalik tkng sampah bersaiz besar. Nanee nampak akan kereta tersebut, namun dia hanya mampu mengeluh. Pemandu Proton Saga biasanya melanggan gadis-gadis lelongan hanya untuk satu jam sahaja. Jika di hari lain, mungkin Nanee tidak kisah. Untuk hari ini, Nanee perlukan lebih dari seorang pemandu Proton Saga.

Kelihatan pemandu Proton Saga tersebut menilik satu demi satu pelacur-pelacur jalanan yang berada di situ, diiringi dengan pengawal majikan Nanee yang juga bertugas sebagai ‘kaunter bayaran’. Dua tiga orang lagi, akan tiba pula ke arah Nanee. Masih lagi pemandu tersebut tidak memilih mana-mana pelacur jalanan.


Firasat Nanee tepat. Nanee dipilih untuk menemani malam pemandu Proton Saga tersebut, entah di mana. Setelah menilik dan memegang beberapa bahagian di tubuh Nanee, Pemandu Proton Saga tersebut berbisik ke telinga pengawal tersebut. Pada mulanya Nanee seperti mahu menolak, namun ada sesuatu yang membuatkan Nanee menyimpan hasrat untuk melontarkan apa yang sedang bermain dalam buah fikirannya setelah melihat beliak mata, sengih serta anggukan pengawal tersebut.

"Nanee. Dia nak lima jam. Tiga sampai lapan. Over time tiga jam. Okay?" arah pengawal tersebut kepada Nanee.

Nanes mengangguk, tersipu-sipu. Tiga jam lebih masa menandakan harga diganda dua. Tiga puluh peratus milik majikan, selebihnya, untuk janji senja tadi.

TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan